Sunday, 16 November 2014

SENIBINA JIWAKU


KERJAYA  DALAM  BIDANG  SENIBINA



      Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. 

    Pekerja yang menceburi di dalam bidang ini dikenali sebagai pelukis pelan senibina bagi sijil/diploma, pembantu arkitek/perekabentuk 3D  bagi diploma/ijazah dan Arkitek bagi ijazah sarjana/master . 

   Arkitek bertanggungjawab di dalam merekabentuk bangunan, merancang susunan sesebuah kawasan bandar dan luar bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.






ARKITEK

Tugas-tugas arkitek:-




  • Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.

  • Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk  mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan  pembinaan dari PBT.


  • Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan  kerja mengikut jadual dan   perbelanjaan projek tidak  melebihi peruntukan.

  • Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon  dan sebagainya.

  • Antara kerjaya dalam bidang ini ialah arkitek perancang bandar, arkitek landskap, arkitek jurukur bahan, arkitek kapal, arkitek marin, arkitek bangunan dan juruteknik senibina.










No comments:

Post a Comment